Friday, June 17, 2011

Korang tahu tak Beranang tu dekat mana ?

Beranang, Selangor.
 [Click to enlarge]

Kat sini la tempat tinggal saya.
Before ni saya dah berpindah banyak tempat.
So saya harap tempat ni jadi tempat tinggal tetap.
Tak ada lah kena pindah pindah lagi.
Penat lah nak berpindah saja, nak kemas barang lagi.
Lagi pun, susah kalau asyik berpindah saja. Kawan-kawan entah ke mana.

Eh, korangkorang, tahu tak Beranang tu dekat mana ?
For sure lah tahu. Kan ? Kan ?

Fakta yang tak berapa nak fakta :-
Kalau 5 tahun yang lepas just a few people know where is it.
10 tahun yang lepas, "where the hell is it in this world ?".
20 tahun lepas, nobody knowwwwwwww.
10 decade before, langsung tak ada dalam peta !
*buat muka terkejut yang langsung tak ada rupa terkejut


Kalau dulu, saya pergi mana-mana je, kalau cakap dari Beranang, mesti diorang cakap,
"Eh, Beranang tu dekat mana ?"
Tak pun,
"Tak pernah dengar pun Beranang."
Atau,
"Ouh, Berenang ye." #Bukan Berenang lah ! B.E.R.A.N.A.N.G !
Atau ada yang lagi teruk,
"Awak nak pergi berenang dekat mana ? Jom abang teman." #Gataii, sepak terajang diberi ! =P
Yang ni lebih teruk,
"Apa ?! Kamu nak beranak ! O.M.G." #Speechless =,=


Tapi sekarang, ramai yang dah tahu.
Ramai pengarahpengarah filem seram yang nak buat filem kat Beranang ni.
Macam filem seram yang terbaru sekarang :-

.
.
.
.
.

Dan banyak lagi. Nak tahu ? Cari sendiri :) Bhahahaha

Kalau korang nak tahu informasi tentang Beranang, Click Sini > http://ms.wikipedia.org/wiki/Beranang :)
Ada asal usul Beranang [asal dari perkataan berenang jugak], siap ada senarai sekolah-sekolah lagi.
Mana tahu korang nak pindah dah bersekolah dekat sini ke. haha :)
Kalau korang nak datang and takuttakutgedik sesat, tengok kedudukan dalam Beranang dekat sini > http://wikimapia.org/country/Malaysia/Selangor/Beranang/


Lepas ini teringin pula nak post pasal tempat-tempat yang saya pernah menetap dulu. :)
Tehehehe.

No comments:

Follow Dashboard