Wednesday, August 24, 2011

Nak kutuk lagi. Tak boleh ke ?

Bulan puasa ni tak habis-habis nak mengutuk lagi. Ceppp ! I tak kutuk, I perli je. Muahaha.

Actually I'm just wanna show you guys this practice dance video.


Mirror dance video credits to : MirrorHD

Ok, group yang sama dalam entri ni > http://applezara.blogspot.com/2011/07/before-dawn-dance-move-watch-and-learn.html
Agak minat tengok practice dance dari group mereka ni sebab setakat ini, bagi saya group ni paling terbaik dalam synchronized dance. Tapi bukan pasal group ni saya buat entri ini, tapi group yang ni > Max 24.7
Tergerak nak tulis entri ni pasal group Max 24.7 masa tengah feel tengok video practice dance Kpop group kat atas ni. Well, kalau korang tengok video tu, tarian diorang agak simple dan sangat CATCHY !

Ok, CATCHY ada dua maksud.
Satu maksudnya menarik : sangat menarik sebab walaupun tarian diorang ni simple tapi tarian diorang ni gila ah nampak bertenaga, tak ada nampak lembut eh lembik macam dalam video Max 24.7.
Dua maksudnya senang nak ingat : well, sangat senang nak ingat step tarian diorang ni. Sangat mudah kalau nak belajar dan buat tarian ni. Tak ada lah nampak berserabut dalam video yang tu (faham-faham je lah)

Lagi satu kalau korang tengok each person dalam video kat atas ni, korang akan perasan seorang guy yang pakai baju pink tu. I thought that guy was a kind of weak guy (lembut (dalam kurungan lagi (lembik)) hehe). Tapi sebenarnya guy tu tak adalah lembik pun. Tapi jejaka macam tu pun still ada fans yang minat minat sayang. Tak percaya tengok kat ruangan comment kat video tu. Hmm, tapi kalau nak dibandingkan dengan jejaka-jejaka dalam group Max 24.7 yang kacak (erghhh), yang macho (arghhhh) dan awesome (eurkkgghhhh !) tu still ramai yang cop mereka tu gay. Tak percaya tengok ruangan comment kat video Max 24.7 tu. Dua benda yang berbeza yang disamakan gara-gara yang satu tu ada hati nak jadi macam yang satu lagi ni. Muahaha. Ayat yang berlapikkan tilam dan bantal.



Video clip Max 24.7 agak memualkan ? Ok, no comment. Yang saya tahu video tu memang tak seronok nak tengok pun sebab saya tengok tak sampai separuh pun. Agak-agak mereka ni tak cukup budget ke ? Sebab yang saya ingat permulaan video tu jejaka-jejaka Max 24.7 keluar dari kereta BMW eh bukan, van persiaran lah. Tapi ada pula gadis-gadis sesat yang menanti mereka ni sambil jerit-jerit testing suara. Peminat kot ? Kalau tak cukup budget pun tak payah lah buat macam tu, berserabut lah, buat video yang simple simple kan ok. Macam video yang ni >


Member group Superjunior ?

Video yang ni simple gila ah. Pusing-pusing tempat yang sama je. Lawak pun ada video ni. Tengok, diorang yang dah kaya ni pun pandai buat video yang low budget, simple dan interesting macam ni.
Di harap Max 24.7 memperbaiki kelemahan masing-masing, tak usah lah nak buat pekak telinga dari  nasihat dari rakyat Malaysia yang terlebih prihatin ni. Kadang-kadang nasihat yang agak kasar, sangat berguna juga. Muahahaha.

Ok, dah habis perli dah. Hehe.
Pyong !






Music Video untuk lagu practice dance yang kat atas sekali tu.


Tuesday, August 23, 2011

MAX 24.7 sangat awesome. Oh, REAL-LY ?

Relax. Chill. Watch this video first before you read my full post.








Ok fine. Saya tak sanggup nak tengok sampai habis video tu, tengok separuh je. Tak sanggup nak lihat wajah-wajah jejaka kacak member group MAX 24.7 ni. Dah lah kacak, HOT lak tu. Tak nak ke korang ? Video ni baru je 5 hari kat Youtube dah ada lebih 70 ribu viewers. HOT tu. Betul ke korang tak nak ?

Ok, OK. Tak payah tanya lagi. Dah lebih 2 ribu dislikes blog Apple Zara, EH silap ! Dah lebih 2 RIBU dislikes video ni.



Mungkin ada sesetengah orang yang anggap dislikers tu tak reti nak sokong group dari negara Malaysia ni sendiri. HATERS ? Well, tapi sebenarnya masalah ni datangnya dari group MAX 24.7 ni sendiri. Dah terang-terang mereka cakap yang mereka ni K-POP versi Malay.
Lagi sekali, K-POP VERSI MALAY ! So, dengan sendirinya viewers dan all Malaysians akan BANDING kan mereka ni dengan group sebenar K-POP dari KOREA. Ya, dah namanya K-POP asal pun dari KOREA. Agak-agak korang, boleh ke tukar jadi M-POP ? Ya, tidak boleh sama sekali. Lain betul bezanya. M tak boleh jadi K. Faham ?


Cuba tengok video ni pula :



Ok, video yang ni saya tengok sampai habis. Lawak gila, sampai guling-guling tapi still nak tengok sampai habis juga. Kenapa ek ? Dalam video ni ada 3 orang, 1 female korean (comedian), 1 male korean (comedian too) and 1 korean boy from a group named Boyfriend. Walaupun diorang buat benda lawak bodoh macam ni, tetap viewers like. Tetap viewers rasa diorang ni cute, adorable but still funny. Because they are always being themselves. First time tengok video ni, memang menjerit lah, "What the heck that boy named Youngmin doing in this video. OMG, mesti malu gila." Tapi last-last, "Alamak ! Comel lah pula tengok diorang ni". Gelak gila gila ah tengok video ni. Kahkahkah *gelak ganas sikit !



Ehem ehem, please back to your sense Aziah !
Lagi satu kesilapan group 24.7 adalah suara mereka ni. Kenapa ek nak buat sound effect macam tu kat suara mereka ni ? Macam nak cover suara sebenar yang tak merdu tu pula. Ehh, betul ke tak merdu ? Ok, no comment.





Ada satu lagi video dari REAL K-POP. Sila tengok dengan tenang.



OK ! Sumpah tak boleh tenang. They are REALLY funny ! Muahaha. Diorang ni lah BEAST/B2ST, korean group yang datang buat concert kat Malaysia hari tu.

They were REALLY dancing SILLY-LY ! But still, all viewers didn't think that they were SILLY. The viewers think that they were funny, cute, adorable and really worth to watch ! Tapi MAX 24.7 ni tak buat sesuatu yang SILLY pun, tapi kenapa ramai yang anggap mereka ni tetap SILLY ?


Updated Note (August 23, 2011) :
Sekurang-kurangnya mereka ni AWESOME sikit sebab tak endahkan kutukan dan makian rakyat Malaysia time diorang first debut dulu. Ok, sila gelak sekarang.


Bye.

Friday, August 19, 2011

Diantara dua. Nak dua-dua boleh ?

Dah 3 hari tak updated blog. Ok, bagus. Tadi buka ChurpChurp je, ada 2 campaign baru. Campaign Olay dan campaign product SK-II. Well, both product saya pernah dan dah guna. Dan both pun sesuai untuk kulit kayu saya ni. Tapi dua product ni ada kelainan masing-masing. Pakai product Olay lain feel nya dari pakai product SK-II. Dan pakai product SK-II pula lain juga fell feel nya dari pakai product Olay.

Olay Product.

Olay Natural White.
Kalau korang rasa macam nak cuba mana-mana product Olay, I suggest you use this Olay Natural White. For me this is the best moisturizer for Olay product. Harga pun cuma RM17.90. Recommend untuk kulit kering.


Olay White Radiance.
Terbaik untuk kulit kusam yang sentiasa berhadapan dengan terik matahari yang akan buat kulit korang EXTRA kusam dan gelap. Ok fine, ayat terbaik yang pernah saya tulis. Muahaha. Harga untuk dua product Olay White Radiance yang kat atas ni rasanya RM69.90. Olay White Radiance menghidrasi dan mencerahkan kulit. Hebat tak ? Pehhh.

SK-II Product.

SK-II Facial Clear Solution.
Sangat sesuai untuk kulit berminyak. Facial Clear Solution ni macam moisturizer biasa juga. Tapi texture dia lebih halus dan lembut. Selain mengurangkan kulit berminyak Facial Clear Solution ni mengecilkan liang roma korang juga. Harga RM248.00 untuk satu botol (100 ml). Kalau yang botol kecil (30 ml)  tu tak tahu berapa harga dia sebab tak pernah beli yang botol kecil.


SK-II Whitening Source Clear Lotion.
Untuk melembapkan kulit kering dan mengurangkan kulit berminyak. Korang tengok nama dia lotion, jangan korang pakai kat tangan & badan pula.  Cara pakai dia macam pakai toner. Jangan cakap korang tak pernah pakai toner pula. Selama saya guna Whitening Sorce Clear Lotion ni, parut jerawat dah semakin kurang. Tapi effect dia ambil masa berminggu juga lah. Kalau nak harap sehari pakai dah hilang parut, korang boleh start belajar guna magik macam cerita Harry Potter tu. Muahaha. Harga RM205.00 (150 ml). Rasanya Whitening Source Clear Lotion ni tak ada botol kecil, sebab tak pernah jumpa pula dia dalam botol kecil.

Kebanyakan rangkaian product SK-II ni memang agak mahal. Tapi product SK-II ni sangat-sangat bagus. Kalau nak cuba korang boleh beli sample product SK-II.

Kalau nak suruh saya pilih diantara dua product ni (Olay & SK-II) tak tahu lah which one, sebab both bagus. Nak dua-dua je lah !




Baru sedar Kak Hanis Zalikha ada dalam campaign ChurpChurp SK-II :)


Kak Iza owner blog The Pink Stilettos pun ada :)


Bye.

Monday, August 15, 2011

Haii Haiiiiii


My name that had given by my parents since I was born : Aziah binti Abdul Razak.
But please do call me Apple Zara for short :)

Hobbies :
Searching for new and latest songs in internet.
Dancing with the sound of music :)
Learning other language.

Bye.

Saturday, August 13, 2011

BWF

Hi fellow readers.

Siapa tengok YONEX BWF World Badminton Championship ? Saya tengok, kat Astro je. Siapa rasa dia sekarang ni duduk kat Malaysia sila sokong Lee Chong Wei kat perlawanan YONEX BWF World Badminton Championship yang diadakan di London. Harap-harap beliau menang lah. Lee Chong Wei yang cute memang terbaik ! Haha. Maaf, tapi sila setuju yang beliau cute. Err :)

Match Start !
Awww, melt~

Arghhhhh, sibuk ah you Lin Dan !


Match End !
YES, akhirnya ! I am the CHAMPION :D

Sila menangis sekarang Lin Dan !

Wednesday, August 10, 2011

Apa itu UV ? New blogger, please take note.

UV tu apa ? Penting ke UV ni ? Macam mana nak tahu UV kat blog kita berapa ?
Haha, ni lah benda yang selalu bermain di fikiran masa mula-mula berblog ni. Biasa lah budak baru belajar mesti blurr blurr punya. Sebenarnya, first time saya dengar perkataan UV ni macam pelik pun ada. Sebab ingatkan UV ni yang macam kat iklan-iklan krim muka kat TV tu. Yang selalu sebut 'pakai lah XXXX untuk menghalang sinaran UV !' Pewww, memang pelik lah bila UV (Ultraviolet) boleh masuk blog pula ?! Haishhh. Hahaha. Okay, kawan-kawan UV yang saya maksudkan ni bukan UV - Ultraviolet tapi UV -

Unique Visitor !


Unique Visitor ni maksudnya bilangan setiap satu pelawat yang datang kat website/blog korang. Unique Visitor dikira melalui IP pelawat yang berbeza.
Satu pelawat , satu IP = 1 UV. Dua pelawat , dua IP berbeza = 2 UV. 
Penting ke tak penting UV tu terpulang kat korang lah. Biasa orang tengok UV ni untuk tahu berapa ramai yang datang jenguk blog dalam masa satu hari. UV ni penting kalau korang ada letak iklan - Nuffnang / Innity / Advertlets. Kalau boleh UV tu jangan maintain atau turun, kalau sehari naik 1 UV pun tak apa. Lama-lama naik menjuling menjulang juga UV korang sehari.

Lagi satu, Pageview bukan Unique Visitor. Ramai yang keliru pasal ni. Pageview ni pula maksudnya bilangan sesuatu page tu di view, bukan bilangan pelawat. Contoh seorang pelawat tengah tengok home page korang (itu dikira sebagai 1 pageview) then dia tengok page About Me pula, 1 pageview juga. Tak pun korang tengok home page korang, then korang refresh sekali, dah dapat 2 pageviews. Dan korang gatal tangan tekan refresh lagi, dapat 3 pageviews. Konon nak pageview tinggi lah tu. Puahaha.

Macam mana nak tahu berapa UV blog korang sehari ? Kalau korang guna Nuffnang, korang boleh view UV & Pageview blog korang kat Analytics.

Analytic bulan lepas.

Tapi kalau korang nak track sendiri Pageview & UV korang boleh guna :

http://statcounter.com


http://histats.com/

Kalau tak faham lagi sila tanya dengan sopan. Haha :)
Bye.

Tuesday, August 09, 2011

Apa itu Mirrored Dance ? Well, this is it.


Kalau korang ada baca entri yang NI dengan yang NI, Video yang digunakan dalam entri tu dah di mirrored kan. Biasanya diorang created Mirrored Dance Video tu untuk diorang gunakan untuk belajar buat dance yang dalam video tu step by step. Maksud Mirrored tu ialah cerminkan atau flip-terbalikkan. Senang nak belajar step dance kalau guna Mirrored Dance Video ni. Sebab kiri dan kanan dancer di dalam video dah di terbalikkan supaya sama dengan kiri dan kanan kita. Macam dalam gambar kat bawah >


Before :)


After :)

So, bila dancer tu keluarkan kaki kiri tak ada lah korang entah apahal tiba-tiba keluarkan tangan eh kaki kanan pula. Faham ?


Biasa saya suka tengok mirrored dance video kat channel MirrorHD dan GiGiMVs.
Tapi yang paling terbaik kat SuperInfectedmushroo. Ni baru betul belajar dance step by step. Dancer dia pun cun. Erk ? haha :)











Paling suka group dancer yang ni. I was there as a audience ! Haha :) 3 tahun dulu. Perghh, lama siot. Lama juga dok mencari video ni kat YouTube. Tak sangka video ni wujud lagi. Puhahaha.

Bye !

Friday, August 05, 2011

Disebalik ketandusan idea menaip

Perghh, bosan gila lah. Nak tulis kat blog tapi tak ada idea lah pula ! Erk.
Tidur best ! :D
Apa saya merepek ni. Oh, tidak !

Muahaha. Ini lah jadinya bila dah tak ada idea nak tulis apa kat blog. Merepek sorang-sorang, confirm tiba-tiba follower korang lari seketul seorang demi seorang. <-- ini kisah benar. Haha XD

Agak-agak korang apa sebenarnya yang saya nak tulis ?
Sebenarnya, petang tadi online konon dengan niat nak tulis sebuah entri kat blog. Tajuknya lebih kurang macam ni >
Apa beza adik perempuan no. 1 dengan no. 2 ?
Tapi, tiba-tiba tak ada feel pula bila nak taip sepatah dua perkataan kat entri yang tajuknya konon meletup lah sangat tu. Tiba-tiba otak rasa blank. Taip sepatah perkataan padam dua patah perkataan. Ehh ? Agak-agak lebih banyak tekan Backspace dari Enter. Dah tu asyik-asyik termenung saja. Entah apa yang dimenungkan. Tengok pokok, tengok langit, tengok atas, tengok bawah. Idea yang asalnya mencurah-curah sebelum ni, sekarang dah hilang pula. Dah lebih sejam termenung depan monitor komputer yang dah dalam mood 'standby'. Last-last, terus je tutup komputer. Bukan lah tutup terus, tekan Turn Off Computer dulu baru tutup komputer. Haishh, tak kan tu pun nak bagitau secara terperinci ! Err. Tidak, tidak. Tak boleh marah readers, nanti readers lari lagi !
Haha. Ok ok, straight to the point.
Sebenarnya korang bukan tak ada idea, tapi korang cuma terlalu asyik memikirkan idea itu. Jangan terlalu push otak untuk berfikir, kalau tak otak tiba-tiba jadi blank. Dah tak tahu nak tulis entri apa. Kemudian blog terbiar tak di updated. Dan faithful readers korang pun akan semakin berkurang ! Hehe :)

Sebenarnya, ada banyak cara untuk mendapatkan idea untuk menaip sesebuah entri. Korang je yang blur-blurr. Haishh.

Relax, chill lah.
Well, kalau korang moody-moody, sampai ke sudah lah cool idea tak kan datang kat korang. Korang cuma akan dapat bad idea. Muahaha.

Good environment.
Selalu saya dapat idea best ni masa jasad tengah hadap tv tapi fikiran jauh melayang kat tempat lain. Perghh, time ni idea tak terkira mencurah-curah datang. Tapi, bila dah hadap komputer hilang terus semua idea. Haha.
Lagi satu, saya sarankan korang menaip waktu malam. Sebabnya waktu malam lebih sunyi, sepi dan sejuk ehh tak ada gangguan. Kalau ada gangguan nyamuk sila pasang ubat nyamuk atau spray je Ridsect kat seluruh badan korang. Confirm nyamuk tak berani nak gigit korang.

Take a note.
Biasa ini lah kesilapan yang sering saya lakukan. Time idea dah datang mencurah-curah tak reti reti pula nak catat atau tulis isi-isi idea tu kat notebook atau phone. Tu yang bila dah hadap komputer, laju je idea tu lari menghilang. So, please make sure setiap kali korang dapat idea baru, cepat-cepat lah catat kat mana-mana saja sebelum idea korang tu hilang macam pelesit. Lain lah kalau otak korang tu macam komputer.

People around you.
Ok, apa guna ibu bapa, kakak abang, adik lelaki adik perempuan, datuk nenek dan sahabat handai korang tu. Mungkin diorang ni boleh jadi isi-isi entri korang tu. Tak pun ringan-ringankan lah mulut tanya pendapat diorang pasal ketandusan idea ni. Mungkin mereka boleh bagi korang sesuap idea untuk taip sesuatu kat blog korang tu.

Unlimited social networking.
Korang ada Facebook ? Ada Twitter ? Ok, jangan lupa add facebook saya ye. Haha, ada masa pula nak promote ni :)
Korang boleh guna facebook atau twitter korang untuk mendapatkan idea yang terbaik. Perhatikan updated status friends kat facebook korang, mungkin ada sesetengah status yang boleh ilhamkan korang seketul dua idea. Takkan lah dalam friends korang yang seramai-ramainya tu tak ada seorang pun yang update status best, cis.
Sharing is caring.
Korang ada tips-tips yang cool tak ? Korang ada lagu-lagu best terbaru tak ? Ok, apa lagi, reti-reti lah share dengan kitorang :)

Blog Wikang Eh Blog Walking.
Jauh perjalanan luas pengetahuan.
Ehh, betul kan apa yang saya tulis tu, takut silap pula. Peribahasa main taram je, biasa lah.

Take time.
Ambil masa korang masa tengah menaip sesebuah entri. Biasanya masa tengah taip tu lah, idea boleh datang tanpa diundang. Tu yang asalnya idea ciput sikit je, last-last boleh bertambah banyak pula. Macam entri sekarang ni. Asal dalam otak sikit je kot, tak pasal-pasal masa tengah menaip entri ni, idea pandai main tembak-tembak pula. Kebiasaan bagi saya menaip sesebuah entri lebih dari satu jam.

Enough sleep and rest.
Badan cergas, otak sihat.
Kurang tidur, kurang entri. <-- pandai je kau kan
Pastikan korang mendapatkan tidur atau rehat yang secukupnya. Kalau badan pun kurang tenaga, korang ingat boleh ke nak dapat idea ? Siapa cakap ? Saya boleh je tulis entri ni walaupun sekarang dah pukul 3 pagi. Tapi nasib lah lepas sahur nanti, terus pengsan. Tengah hari baru bangun. And then bila bangun kena tembak dua ratus lapan puluh tiga suku das tembakan dengan mak ! Du du du du du du du du du du du dush !

안녕히 계세요 !

Wednesday, August 03, 2011

Apa nak buat bila kulit kering time bulan puasa ni

Dah 3 hari berpuasa. Kalau time bulan puasa je, mesti cuaca pun 'puasa' juga. Tak ada turun-turun air. Memang betul lah cuaca ni berpuasa sekali ek. Panas bukan main. Kulit pun sibuk berpuasa juga. Kering semacam. Bila kulit dah kering badan pun rasa semacam panasnya, time ni lah asyik rasa nak demam. Haha, konon nak demam time bulan puasa ni ye. Nak ponteng puasa lahh tu.

Style apa ada kulit macam ni. Korang tak nak ke ?

Bila kulit dah kering tahap merekah macam kat atas ni baru lah sibuk nak prihatin jaga kulit, kalau tak dulu, apa jadi kat kulit pun tak tahu.
Lantak kau lah, eh eh tak ada masa aku nak jaga kau ! Banyak songeh lah kau ni kulit ! 
Muahahaha, saya tak kata korang, saya kata diri saya sendiri.

Teruk betul kulit kering time bulan puasa ni. Apatah lagi bila kurang air dalam badan. Puasa lah katakan, tak kan nak teguk air pula time tengah hari yang panas terik ni.

Apa yang korang patut buat bila kulit kering time bulan puasa ni :

  • Minum air mineral atau air masak sebanyak yang mungkin time berbuka, sahur dan waktu malam.
  • Kurang kan berjemur. Kalau nak keluar pun make sure korang pakai sunblock atau topi besar atau apa-apa je lah yang boleh cover korang daripada terik matahari. 
  • Make sure diet korang time bulan puasa ni seimbang. Lebihkan sayur-sayur dan buah-buahan. 
  • Kurangkan mandi dan mencuci muka. Dua kali sehari cukup. Memang time mandi tu badan rasa sejuk tapi sebenarnya mandi tu cuma menyebabkan kulit korang kering dan bertambah-tambah dahaga. Tu yang sampai sanggup telan air paip bergelen-gelen tu. Haishh, kan dah kurang pahala bulan puasa korang.
  • Make sure korang selalu pakai losyen pelembab. Tak ada lah kulit korang merekah. I recommend you guys use Vaseline or Nivea.

    • Dapat kan tidur yang secukupnya. Tidur awal bangun pun awal, jangan tidur awal bangun pun lambat sampai TERLAJAK sahur pula ek. 
    • Kurangkan 'berjemur' dengan aircond. Aircond boleh buat kulit korang kering sekering keringnya :)
    • Last but not least, banyak kan buat amal jariah pada bulan Ramadhan yang mulia ni. Haha :)
    Rajin-rajin lah korang jaga kulit korang yang berharga tu ek.
    Time bulan puasa ni, paling seronok bila dengar azan Maghrib !
    Bye.

    Wordless Wednesday : 4#

    Tuesday, August 02, 2011

    Dah besar baru terhegeh-hegeh nak puasa penuh

    Muahaha, tajuk kejam !
    Ye lahh, dulu time kecik-kecik tak pernah sehari pun puasa penuh. Setiap hari ada je trick ngelat tak nak puasa dan curi-curi makan. Sekarang tak boleh dah wooo, dah besar gedabak pun tak nak puasa, conform tak boleh buat bini. Haha :)

    Then time raya kalau ada tetamu je awal-awal dah tunjuk muka suci nak minta duit raya. Tak main ahh takat seringgit je. Bila orang tanya puasa penuh ke tak, mesti lahh 'jujur' cakap puasa penuh. Perghh, lagi ah bertambah dosa, dosa menipu pagi raya.

    Paling best puasa ni mesti lah time berbuka. Macam-macam hidangan ada. Kalau air tu dah tak pandang dah air masak, atas meja macam-macam jenis air ada. Air tebu, air soya, air oren, air sirap, semua air lahh nak teguk. Belum makan perut dah kembung. Kembung tak kembung, makanan atas meja habis di sapu juga. Dah namanya makanan mesti lah kena makan. Haha, then time nak pergi Tarawih, punya lah liat nak pergi, eh nak bangun berdiri pun susah ni kan lagi nak pergi. Apa lagi, 1001 alasan lah bermain di bibir. Muahaha, keji gila.

    Favourite :)

    Dulu paling benci tak suka time sahur. Erk, liat gila lah nak bangun sahur. Nak tak nak je bangun sahur. Biasa yang jadi tukang kejut tu abang, benci gila ah kalau diorang kejut, masuk bilik terus buka lampu sambil jerit-jerit macam beruk di tambah lagi diorang lompat-lompat atas katil. Ya, memang macam beruk. Dah terbangun tu jeling tajam-tajam kat diorang, dalam hati memang dah mencaci-maki. Perghh, dapat lagi dosa, dosa bangun sahur. Diorang dah keluar dari bilik, terus bangun.

    Bukan nak bangun keluar bilik pergi sahur tapi bangun hanya untuk tutup suis lampu, pusing dan terus baring atas katil sambung tidur balik. Zzzzzzz.
    Then tak sampai 5 minit lepas tu, kedengaran pulak suara Big Boss a.k.a. ayah suruh bangun, kuat gila ah Big Boss jerit. Fuhh, awal pagi dah ada yang menyumbangkan suara. Kali ni tak payah tunggu ada orang lompat-lompat atas katil atau main suis lampu, sekali dengar suara ayah, badan dengan sendirinya jadi cergas, mata terus jadi segar dan kaki terus jadi laju berjalan keluar bilik, hadap meja makan. Lihat lahh, betapa hebatnya kuasa seorang ayah.

    Sekarang dah besar, dah tak ada banyak songeh macam time kecik-kecik dulu. Sekarang dah baik dah, tak ada curi-curi makan, atau ponteng puasa, atau ponteng terawih, atau tidur lebih masa, atau liat bangun puasa. Haha :)
    Sekarang ni lah baru nak kumpul pahala banyak-banyak. Tak nak dah ngelat macam dulu. Sekarang adik-adik pula yang ambil alih ngelat time bulan puasa ni. Adik beradik terbaik lah konon nya. Muahahaha :)

    Last but not least, take a look of this picture ;)

    Perghh, mesti terliur kan. Nasib ahh korang, siapa suruh tengok gambar ni time puasa ditambah lagi sekarang ni kan musim panas terik. Haha :)


    Ok, bye-bye.




    Ehh...




    Kejap-kejap, nak tambah satu lagi gambar.




    Jeng jeng.





    Jeng.....




    Erk, sedap gila. Muahaha :)


    Selamat berpuasa semua ;)
    Follow Dashboard